glitter-graphics.com

0 pelik tapi benar hnya dgn kuasa allah..

Share

Assalamualaikum,
>
> Di sini  saya ingin berkongsi cerita kejadian yang  berlaku dalam
> keluarga Dora yg agak menarik perhatian saya....
>
> 11/03/2005 (Jumaat)     8.30 a.m
>
> Saya menerima panggilan dari adik lelaki yang bekerja di Glenmarie
> Golf Club bahawa emak kena angin ahmar (stroke) dan percakapan emak
> saya pelat dan setiap butir percakapan tidak berapa jelas. Dia
> sebenarnya saja call emak nak bagi tau selepas jam 2.30 p.m dia akan
> balik ke Seremban. Tapi adik saya terkejut bila emak bgtau  dalam
> keadaan pelat tu emak jatuh semalam. Lantas adik saya hubungi saya.
> Sebenarnya emak saya ini ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan
> jantung. Setiba di ofis saya memaklumkan kepada Pn. Noorlia, begitu
> juga suami saya terus ke ofis dia.
>
> Anak -anak yang telah dihantar ke Taska di Subang 2, tidak saya bawa
> kerana hendak cepat. Apa yang perlu dilakukan segera pulang ke kg di
> Seremban. Saya dan suami pergi ke tempat kerja adik bg urusan GL untuk
> membawa emak ke hospital. (Tempat adik saya bekerja boleh tanggung
> rawatan klinik dan hospital untuk ibu - bapa kerana beliau masih
> bujang.) Setiba di kg saya lihat mulut emak saya herot dan setiap
> percakapan tidak berapa jelas dan dia ingat-ingat lupa. Sebelah kanan
> bahagian badan emak saya tidak berfungsi. Jiran yg datang melawat
> mengatakan pada hari Khamis emak saya jatuh 3 - 4 kali. Dan ketika
> emak saya datang ke kedai jiran utk membeli nasi lemak, emak saya
> tidak boleh menggenggam sebarang benda. Wang kertas pun boleh jatuh.
>
> Emak tidak mahu ke klinik/hospital kerana nak berubat cara mengurut.
> Tak tau nak berurut dengan siapa??. Saya call besan emak di Jelai, N.S
> tanya org yang boleh urut stroke, sebab dia dulu pernah kena stroke.
> Besan emak kata org yg ubat dia dah meninggal tp dia dapat tau ada org
> gi berubat di Jasin, Melaka. orang tu Imam Masjid.Tapi besan ni takder
> contact no.
>
> Kami sepakat membawa emak ke klinik panel adik untuk mendapatkan surat
> utk dibawa ke hospital. (tak tau kenapa pulak kami  tak bawa emak
> terus ke hospital besar, seremban).
>
> Setiba di Pusat Rawatan Islam di Senawang, doktor yang bertugas iaitu
> doktor perempuan mengesahkan emak saya kena stroke.
Dan perlu dihantar
> ke hospital. Doktor tanya bila emak kena. Kami kata semalam tapi kami
> dpt tau hari ni. Saya kata pd doktor bahawa emak saya ni nak berubat
> cara berurut. Kalau saya bawa ke hospital dah tentu emak saya ni masuk
> air, ambil darah dan terlantar tanpa membuat apa-apa. Ini menambahkan
> lagi stroke kerana tidak bergerak. Doktor itu pun mengangguk. Saya
> tanya lagi, "Saya nak tahu pendapat peribadi doktor dan jawab secara
> jujur dan ikhlas, boleh tak emak saya dibawa berurut?". Dengan tenang
> doktor perempuan itu berkata "Ikut profession saya dah tentu saya
> suruh hantar ke hospital, dan berubat cara berurut tu ada, di Jasin
> Melaka, namanya Imam Mazlan". Kami semua berpandangan sesama sendiri.
> Kami semua dalam keadaan bimbang dan risau itu berharap ada peluang
> untuk emak sembuh jika guna kaedah urut.
> Saya minta no. tel dan alamat Imam Mazlan tu, doktor tu kata tanya
> saja orang kat Jasin tu mesti ramai yang tahu. Doktor tu kata lagi,
> Imam Mazlan tu urut pesakit yang tidak lebih 3 hari kena stroke. Ini
> ada peluang besar untuk emak sembuh dengan izin Allah.
Doktor tetap
> keluarkan refer letter untuk follow-up ke hospital Seremban. Terpulang
> nak pergi bila.
>
> Selepas itu emak kata dia nak makan tgh.Jam dah kul 3.30 ptg. Kami
> singgah di kedai yg emak nak pergi. Dalam keadaan berpapah tu kami
> ikut juga kehendak dia. Al-maklumlah sekiranya sesuatu terjadi
> kempunan pulak dia, kami jugak yang menyesal seumur hidup. Tokey gerai
> makan tu kenal emak. Dia kata ada orang pandai ubat ada kat Jasin,
> Melaka tapi tak tahu nama. Ini menambahkan keyakinan kami bahawa di
> Jasin ni ada orang yg boleh mengubat emak dengan izin Allah juga
> (Bayangkan rezeki emak saya, 3 orang kata pasal Imam di Jasin, Melaka,
> tambahan pula doktor juga bagi kerjasama siap bagi nama Imam Mazlan
> lagi). Faed (suami saya) ajak  balik ke Sg Buloh dan kami bertolak jam
> 4.30 ptg untuk ambil pakaian dibawa ke kampung kerana kami balik ke
> Seremban tadi pun hanya berpakaian ke ofis. Selepas itu baru ambil
> anak - anak di Taska, Subang 2. Setelah packing baju dan ambil anak,
> saya tiba di Seremban jam 8.30 mlm.
>
> Kami bertolak dari Seremban 9.30 mlm menuju ke Jasin, Melaka. Setelah
> puas bertanya orang kami tiba di rumah Imam Mazlan jam 12.00 mlm.
> Tiada rawatan di waktu malam. Itulah yang tertulis di pagar rumah
> imam. Lantas suami saya tel no. yang tertera di luar rumah.
Imam
> berkenaan yg angkat tel. dan beliau suruh datang esok hari.
Dia tanya
> dah berapa lama kena, suami saya kata kena semalam. Walau pun kami
> sedikit hampa kerana dah sampai depan pagar rumah, tapi kami bersyukur
> kerana dah tau rumah Imam Mazlan.
>
>
> 12/03/05 (Sabtu)
>
> Kami bertolak dari Seremban jam 10.30 pagi dan tiba di rumah Imam
> Mazlan jam 12.30 tgh. Tempat tu tutup kerana apabila kami baca di
> dinding waktu rawatan, 12.30 - 2.00 p.m (Sabtu-Khamis) adalah waktu
> rehat. Kami pergi makan dulu. Jam 2.00 ptg kami datang semula kami
> lihat telah ramai orang yang datang. Imam Mazlan tu merawat pesakit
> dengan hanya memicit tempat
> - tempat yang dia tahu disitu ada angin ahmar. Bukan kaedah mengurut.
> Memang saya sedih bila emak di picit, emak mengaduh kesakitan. Emak
> menggeliat dan seolah mengelupur menahan kesakitan bila dipicit. Kami
> hanya memeluk emak untuk menenangkan sahaja. Itu saja yang mampu kami
> lakukan. Saya menitiskan air mata kerana tak tahan melihat emak
> kesakitan bila di picit. Berbagai - bagai bangsa yang datang dari
> segenap pelusuk. Paling muda pelajar sekolah menengah mulut dan mata
> dia dah mecong/herot. Menurut ibu kepada budak tu, doktor kata saluran
> darah di otak anak dia dah pecah. Angin Ahmar menyerang tak kira umur.
> Ada yang datang dari Singapura, Pahang, sekitar Johor dan Melaka,
> Gombak dan kami dari Seremban. Tiada bayaran atau pun pengeras
> dikenakan, kami hanya bersedekah. Ada yg bg RM10, RM 15, (ikut berapa
> nak beri) Saya tanya Imam Mazlan, emak ni perlu ke datang lagi. Dia
> kata tak paksa, seelok-eloknya biar 3 hari berturut-turut. .
> Imam mengingatkan sekiranya ada sahabat andai, saudara-mara, jiran
> yang datang melawat dan ingin memberi bantuan dengan menggosok-gosok
> anggota badan, menggunakan minyak angin, dia minta tolong dijauhkan.
> Sebarang minyak angin tidak dibenarkan di sapu di badan pesakit.(tak
> ingat plak yang masih menerima rawatan dia ker).  Sekiranya kita
> mendukung anak kecil yang pakai vicks, minta dijauhkan dari pesakit ahmar
ini.
> Saya bg tau pada Imam Mazlan 3 jari tangan kiri saya selalu kebas dan
> tumit kanan kaki mencucuk. Dia picit kaki saya dia kata saya takder
> angin ahmar, ini gaut. dia pun bg petua nak hilang gaut menggunakan
> betik. Betik ni sumpahan gaut...
> Keluar je dari kawasan rumah dia (rumah dia dalam kebun getah) suami
> saya perasan emak saya tak pelat lagi.
Kami terharu emak ada perubahan
> dengan izin Allah juga.
>
> 13/03/05 (Ahad)
>
> Kami bertolak awal, maklumlah hari Ahad, dah tentu ramai orang
> menerima rawatan.
Setiba di sana kami lihat ramai betul orang. Kami
> ikut giliran. Bukan ambil no. Ikutlah sapa yg dtg dulu. Kali ini dia
> picit, emak tidak lah sakit dipicit seperti semalam tetapi kira sakit
> jugak lah... Berpeluh emak menahan kesakitan dan seolah kepenatan.
> Imam Mazlan kata Insya -Allah emak boleh sihat kerana datang cepat.
> Imam kata seelok-elok nya nak cepat sembuh, pesakit itu jangan dibiar
> lebih dari 72 jam ( 3 hari kan ) betullah kata doktor tu. Kalau yg
> lewat tu dia kata boleh jugak dtg. Insya- Allah boleh sembuh... Ramai
> yg dtg tu  (sedara mara
> pesakit) smlm kami tak jumpa, heran dan tanya dah berapa lama datang
> sini, sbb dia nengok emak saya tak perlu papah lagi. Dia dah boleh
> jalan sendiri cuma dalam keadaan dengkot-dengkot (pelan-pelan
> lah...bukan trus berlari!!!! ) Ini adalah kerana kami cepat bertindak
> dan Allah memberi keizinan dan memudahkan perjalanan kami dengan
menemukan Imam Mazlan.
> Balik rumah emak saya kata dia dah boleh mencangkung bila buang air.
> Dia kata dah berapa hari tak buang air besar coz sakit ni. Kalau buang
> air kecil paham-pahamlah kalau tak leh cangkung buat camner. Lagi satu
> time makan, dia suka duduk bawah.
> Dia dah boleh bersila. Inilah satu keajaiban bagi saya dengan izin
> Allah. U all pikirlah camner.. Demi Allah saya tak tipu.
>
> 14/03/03 (Isnin)
>
> Hari ke- 3 kami pergi lagi ke Jasin, Melaka. Kali ini ingatkan tak
> perlulah awal sangat coz hari bekerja. Kali ini saya bawa ayah. Ayah
> tiada sebarang penyakit cuma dia ada sakit/lenguh di bahagian bahu
> kanan. Dibhg belakang bahu kanan macam ada benda bulat sebesar bola
> pingpong bila dipicit. Sampai saja di rumah Imam Mazlan, telah ramai
> orang menunggu giliran. Kebanyakan berkerusi roda. Bila dilihat
> memanglah menyedihkan. Apa kan daya itu bahagian masing-masing.
> Setelah giliran emak saya, habis berubat Imam Mazlan kata
> Alhamdulillah dah tak der lagi angin ahmar dalam badan. Kini giliran
> ayah pula untuk mencuba bhg yg sakit. Kalau tak der alhamdullillah.
> Imam tu picit jer 3 jari kaki kanan ayah, dia kata angin ahmar dah ada
> dalam badan. cuma ayah saya ni belum jatuh pengsan jer. kalo dah jatuh
> silap-silap duduk atas kerusi roda. dia picit bhg badan ayah yg ada
> ahmar seperti di belakang bahu.  apa lg sampai berair mata ayah saya
> menahan sakit. bila balik dlm kereta ayah kata alhamdulillah tangan
> dia dah boleh angkat keatas. Ayah saya yakin dengan izin Allah dia tak
> sakit tgn lagi. Kalo tidak dulu doktor suruh ayah gi hospital masuk
> wad pas tu cucuk masukkan steroid untuk cairkan darah. Ayah saya tak
> nak, saja dia biarkan sakit. Sampailah bertemu dengan Imam Mazlan ni.
>
>
> 15/03/05    Selasa
>
> Saya tetap membawa emak ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagi saya
> tak salah sekiranya kita mencuba kedua-dua kaedah rawatan. Tekanan
> darah tinggi dan kencing manis emak masih tinggi. Dia nasihatkan lah
> emak saya.Tentang stroke yang tercatat dalam refer letter itu kata
> doktor di hospital ini ada improvement (still minor)..Doktor tengok
> emak ni kira boleh dikatakan ok, dia kata mungkin emak saya terlalu
> penat. Doktor muda tu sedikit pelik. Emak saya tidak seperti mana yang
> tercatat di refer letter.
>
> Terpulanglah kepada masing-masing untuk mempercayainya.

0 petua kesihatan

Share

> 1)    Kencing Manis yang dah berkudis
> Kulit batang duku,
> Kulit batang manggis,
> Kulit batang jambu bol (jambu kulit warna maroon.yg mahal tu) Air Rebu
> kesemua ini dan minum air setiap hari. Insya-allah boleh sembuh.
 
 
> 2)    Kencing Manis Yang Belum Berkudis
> 7 - 8 biji air kelapa
> Kulit batang mata kucing
> Masak kedua-dua bahan dan minum 3 x sehari. Insya-allah boleh sembuh.

> 3)    Gaut
> Ambil betik muda 1 biji. dan diletakkan  (salai) atas api dapor.
> Jangan belah betik tu. Bila betik itu panas, gelekkan di kaki/tempat
> yang sakit.
Kat tumit tu pijak buah betik tu macam mesin refleksi tu.
> Betik ni sumpahan gaut. Tiada pantang makan. Insya-allah boleh sembuh.

0 Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Share

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan   dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan".. "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari.. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.
 

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."
"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.
 
"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah."
"Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."
"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"


"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!" 

0 PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA’ QADAR

Share

Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa’ bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.
Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit’. Hadis berikut amat jelas:-
 
Ertinya: Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata: APA pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain? Nabi menjawab: Itulah taqdir Allah, (Cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? (Riwayat Ahmad)
Allah swt mengingatkan:-
 
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Ertinya: Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al-Hadid: 22)
Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).




Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :
 
فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد
Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa” ( Riwayat Al-Bukhari)
Manakala di dalam sebuah hadis lain :-
 
لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ
Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)
 
Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.
 
Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir [1]... Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-
 
·     Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.
·     Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.
·      Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.
 
Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.
 
1) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA
 
Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut.. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.
Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah IA takdir Allah swt untuk menguji kita.
 
 


2. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK
 
Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.
Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai’ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : “Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai’ah” (Rujuk Sohih Muslim)
Nabi s.a.w :-
إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.
Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.
Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.
 
3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR
 
Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-
·      Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.
·     Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.
·      Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.
 
Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.
 
4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ
Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-
  • Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.. 
  • Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
  • Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
  • Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh..
 
Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:

  • Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-
Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa’l, Sahabat bertanya : “Apakah Al-Fa’l ?”
Nabi menjawab : “Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)
  • Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.
  • Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :- 
كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله
Ertinya: Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)

  • Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.
Firman Allah swt:
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Ertinya: Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.
Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.
Akhirnya hayatilah kata nabi ini
عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)
Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman